PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM SIRI 2

Jumaat, 23 April 2010 10:17 PG by ABDUL RAHIM BIN HAMID 0 ulasan



Bismillahirrahmanirrahim

PRINSIP KEDUA:MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

Firman Allah S.W.T:

Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada Malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan tuhan itu dengan berkata):"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan),padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?"Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Allah S.W.T menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini dengan tujuanNya sendiri.Supaya manusia itu menyembah dan taat kepada perintah-perintah-Nya.Dia juga telah menentukan tanggungjawab dan peranan manusia ke atas muka bumi dan kekayaan-Nya.Allah telah memberikan hak kekayaan kepada manusia tetapi kebebasannya adalah terbatas dalam lingkungan ajaran-ajaran Allah S.W.T semata-mata.Kekayaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah sebagai amanah yang harus di jaga dan di pelihara sebaik mungkin mengikut landasan-landasan yang disyariatkan.Kekayaan di muka bumi ini adalah milik Allah dan manusia hanyalah sebagai pengguna sementara sahaja.

Disini sebahagian ayat Al-Quran yang menunjukkan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.Firman Allah S.W.T (mafhumnya):

"Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain beberapa darjat,kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksan-Nya,dan sesungguhnya Ia Maha pengampun,lagi Maha Mengasihani."
(Surah AL-An'aam:165)

"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu,melalui seorang lelaki dari golongan kamu,untuk memberi peringatan kepada kamu?Dan renunglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh,dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan dan kekuatan)pada bentuk kejadian tubuh kamu.Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.
(Surah AL-A'raf:69)

"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum 'Aad,dan ditempatkannya kamu di bumi,(dengan di beri kemudahan)untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata,dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah.Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
(Surah Al-A'raf:74)

"Kemudian Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad)khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah di binasakan itu,supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
(Surah Yunus:14)

"Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh,lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikutnya yang beriman didalam bahtera,dan Kami jadikan mereka peganti-peganti (yang memakmurkan bumi),serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan bah taufan sehingga punah-ranah semuanya).Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat Kami)setelah diberi amaran".
(Surah Yunus73)

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya,dan yang menghapuskan kesusahan,serta menjadikan kamu peganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama Allah?Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)".
(Surah An-Naml:62)

"Dia-lah yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih berganti,oleh itu sesiapa yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri,dan orang-orang yang kafir,kufurnya tidak menambahkan mereka disisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan,dan juga orang-orang yang kafir itu,kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua".
(Surah Faatir:39)


Allah S.W.T menyuruh manusia membelanjakan harta di jalan kebajikan dengan cara dan tujuan yang baik:


"Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya,dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan)sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil.Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah);mereka tetap beroleh pahala yang besar".
(Surah Al-Hadid:7)


"Dan Tuhanmu Maha Kaya,lagi Melimpah-limpah rahmat-Nya.Jika Ia kehendaki ,nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya)kamu dengan sesiapa yang dikehendaki-Nya,sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain".
(Surah Al-An'aam:133)

Allah S.W.T menjanjikan kemenangan dan kejayaan kepada orang beriman dan beramal salih:

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:khalifah-khalifah yang berkuasa;dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah di redhai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dari-Ku.Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu,maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".

"Dan Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain berapa darjat,kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah di kurniakan-Nya kepada kamu.Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya,dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-An'aam:165)

Dari ayat Al-quran di atas jelas menunjukkan kepada kita sesungguhnya manusia sebagai khalifah di muka bumi ini.Apa yang ada pada manusia sekarang ini hanyalah sementara sebagai Amanah Allah S.W.T yang akan di tanya kembali di akhirat nanti.Pernahkah kita bersyukur dengan kekayaan dan nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita?marilah kita sama-sama renungkan.semoga kita sentiasa tergolong di kalangan orang yang bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah S.W.T.Insyaallah saya akan menyambung prinsip ekonomi Islam yang seterusnya iaitu agihan semula kekayaan berorientasikan sosial (zakat) di penulisan saya yang akan datang.Key salam.

PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM SIRI 1

Selasa, 20 April 2010 8:55 PG by ABDUL RAHIM BIN HAMID 0 ulasan


Sejak kebelakangan ini kita dapat lihat bagaimana sistem Ekonomi Islam berkembang dengan pesatnya.Kebangkitan Ekonomi Islam bukanlah perkara yang baru.Ia bermula sejak di awal abad ke 20 lagi yang mana untuk melawan pemikiran-pemikiran barat.Antaranya, gerakan Hasan Al Banna dengan gerakan ikhwanul muslimin dan Abul A'la al Maududi dengan parti jamiat islam di India-Pakistan.Abul A'la al Maududi mempopularkan istilah "Ekonomi Islam" pada tahun 1940-an lagi.Ekonomi-ekonomi muslim pula muncul pada era 1960-an,seperti Muhammad Baqir al-Sadr(iqtisoduna,1961).Kemudian pada era 1970-an lahirlah ahli-ahli ekonomi berlatar pendidikan ekonomi konvesional seperti Monzer kahf,M.Fahim khan,M.Umer Chapra dan lain-lain lagi.Tujuan Ekonomi islam diturunkan dari tujuan maqasid syaria itu sendiri iaitu mewujudkan kebahagian di dunia dan akhirat.Yang terletak pada lima unsur kehidupan manusia iaitu:keimanan (dien),jiwa (nafs),akal (aql),keturunan (nasb)dan kekayaan (maal).

Dalam bidang ekonomi, Allah memerintahkan manusia bekerjasama demi menjamin keharmonian,kesejahteraan dan kestabilan sosial.Berkerjasama dalam melakukan projek-projek yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan agama islam itu sendiri.Barang-barang ekonomi hanyalah wasilah untuk hidup,dan hidup merupakan wasilah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Pada zaman sekarang,jelas kita dapat lihat dalam ekonomi Konvensional yang bersistem kapitalisme,mereka memisahkan antara agama dan unsur-unsur yang lain dalam kehidupan.Berbeza pula dengan Ekonomi Islam.Dalam ekonomi islam,manusia hanyalah sebagai khalifah di bumi ini.Dan sebarang harta yang di miliki hanyalah sebagai amanah semata-mata dan bukanlah pemilik yang sebenar.Disini kita dapat lihat antara prinsip-prinsip Ekonomi Islam ialah:-

PERTAMA:ALLAH MERUPAKAN PEMILIK SEBENAR

Allah S.W.T telah menegaskan dalam Al-quran bahawa segala makhluk yang ada di muka bumi ini ialah ciptaannya.Samaada yang nampak dengan pancaindera ataupun yang tidak nampak.Allah telah mencipta langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya.Diantara Firman Allah S.W.T yang menunjukkan Allah merupakan pemilik sebenar ialah (mafhumnya):-

"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa,kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mendapat keredhaannya)?
(Surah Al-Sajadah:4)


"Dia-lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya,dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi."
(Surah Taha:6)


"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah.Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya,nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada Kamu.Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang di kehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang di kehendaki-Nya.Dan (ingatlah),Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Surah Al-Baqarah:284)


"Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki,dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Surah A-Li'Imraan:26)


"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi,dan Allah Maha Kuasa tiap-tiap sesuatu"
(Surah A-Li'Imraan:189)


"Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu,hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:"Jadilah Engkau!" Maka ia terus menjadi."
(Surah Yasin:82)


Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan sesungguhnya Allah S.W.T sebagai pemilik sebenar di alam ini.Jadi kita tak perlulah angkuh di muka bumi ini kerana kekayaan itu milik Allah S.W.T.Saya akan menyambung prinsip yang kedua iaitu Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini pada penulisan saya yang akan datang.Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan-Nya.Insyaallah...

TUKARKAN BACKGROUND LAPTOP ANDA DENGAN MENGGUNAKAN JOHN'S BACKGROUND SWITCHER

Ahad, 18 April 2010 2:42 PTG by ABDUL RAHIM BIN HAMID 0 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim

Saya ingin berkongsi satu lagi perisian komputer yang saya rasa sangat bagus sekali.Bukan hanya untuk window 7 sahaja tapi untuk window-window lain gak.Termasuklah window 98 kecuali (window 7 Starter Edition).Window 7 ultimate boleh tau.Jangan risau,perisian ini adalah percuma dan tidak perlu nak menghabiskan duit anda.Anda bosan dengan wallpaper background yang sama setiap hari.Dengan menggunakan perisian JOHN'S BACKGROUND SWITCHER anda dapat menukar wallpaper background komputer anda kepada sesuatu yang lebih menarik.Anda boleh memasukkan gambar individu daripada folder picture laptop anda atau memilih satu folder gambar yang ingin anda paparkan untuk menjadikan background secreen laptop anda.Amat menarik sekali kan.Mesti anda ingin mencuba.




Anda boleh menambah gambar mana yang ingin paparkan.Hanya mencari folder yang anda mahu kemudian tambahkan.Anda juga boleh menentukan masa untuk wallpaper itu samaada selang 30 saat,seminit,2 minit atau sebagainya.




Selain itu yang lebih menariknya anda boleh merubah mode picture anda kepada bentuk yang anda mahu.Banyak sekali jenis untuk anda pilih.Contohnya seperti palaroid ker.Tak pun dalam bentuk postcard.Saya lebih suka dalam bentuk postcard.Amat cantik sekali.Anda tak payah edit-edit gambar dekat picasa ker,adobe ker dan sebagainya.Cukuplah dengan memakai perisian ini.



Beginilah hasil background laptop saya selepas saya menukar dalam bentuk postcard.Setiap 30 saat sekali ia akan berubah kepada gambar yang lain.Menarik sekali kan.Mesti anda semua ingin mencuba.Sekarang anda tak perlu memakai window 7 untuk menukar-menukar background laptop anda.Window xp dan vista pun boleh.Cukuplah dengan memakai perisian JOHN'S BACKGROUND SWITCHER sahaja,anda akan merasa kelainannyer.Anda juga boleh menambah gambar daripada laman-laman web internet yang lain.Contohnya seperti facebook,flick photo sharing,picasa dan sebagainya.Anda boleh mendapatkan perisian JOHN'S BACKGROUND SWITCHER di laman web ini.

klik disini untuk download

Ini merupakan sedikit perkongsian dari saya untuk semua.Kalau anda rasa menarik bolehlah mencuba di komputer anda.Amat menarik dan mudah sekali kan.Seperti saya katakan dalam artikel sebelum ni.Biar laptop lama asalkan softwarenyer baru kan.Semoga sama-sama dapat manfaat darinya.Selamat mencuba...

p/s:-sorry gambarnyer agak kurang jelas.
-Kembara maqlubah 2010,Egypt

Rujukan:-

http://johnsadventures.com/software/backgroundswitcher/

MENUKAR BACKGROUND LOGON WINDOW 7 DENGAN TWEAKSLOGON

Sabtu, 17 April 2010 6:15 PG by ABDUL RAHIM BIN HAMID 0 ulasan
Disini saya ingin berkongsi dengan semua berkaitan dengan window 7.Sekiranya anda memakai window 7 anda mungkin boleh menukar background logon anda dengan menggunakan perisian tweakslogon.Anda boleh menukarkan background anda dengan gambar atau wallpaper yang anda semua mahu yang ada dalam komputer anda.Cara dia mudah sekali,anda boleh menukarkan dengan percuma.Saya dah mencuba di komputer saya.Hasilnya begini...

sebelum tukar:





selepas tukar dengan gambar:



Beginilah background logon saya selepas bertukar.Anda boleh download software tweakslogon ni dekat laman web:-

Klik di sini untuk download

Ini merupakan sedikit perkongsian dari saya mengenai window 7.Sekiranya anda memakai window 7 bolehlah mencuba.Sekiranya anda rasa menarik leh memakainya untuk logon laptop anda.Biar laptop lama asalkan window nyer baru kn.Selamat mencuba...

SEMAKIN HARI,SEMAKIN HAMPIR

Khamis, 15 April 2010 1:01 PTG by ABDUL RAHIM BIN HAMID 0 ulasan
Bismillahirrahmanirrahim...



Sedar tak sedar hampir 2 bulan lagi saya di Jordan ni.Terasa amat cepat sekali masa berlalu,hampir 2 tahun dah saya belajar di sini.Teringat lagi masa mula-mula untuk datang dahulu,sedihnyer nak tinggal keluarga,kawan-kawan,kampung halaman.Terasa 2 tahun tu lame sangat.Ye lah besenya duk asrama pun,lame tak balik pun sebulan lebih jer.Demi untuk mencapai cita-cita saya kuatkan semangat untuk datang kesini.

Alhamdulillah atas sokongan keluarga,kawan-kawan sampai lah gak saya dekat bumi al-anbiya' ni.Saya meneruskan pengajian saya tahun 3 dan tahun 4 di universiti Yarmouk Jordan.Meneruskan perjuangan bersama kawan-kawan batch 2 ikip-yarmouk seramai 26 orang di bawah tajaan Yayasan Pahang.Program berkembar di antara Kolej Ikip dengan Universiti Yarmouk Jordan di bawah fakulti kuliah Syaria' dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam.Kami di sini dah macam adik beradik dah.Ye lah 2 tahun kenal di Malaysia.Ukhwah memang dah rapat la orang katakan.Bab kata pepatah "susah senang kami bersama".Emak ngan Ayah kawan-kawan pun dah kenal,banyak kali gak masa duk Kuantan dulu,kawan-kawan jemput datang rumah buat kenduri ker,makan-makan ker.Memang best lah mase tu,ye la bab-bab makan percuma ni memang suka.Ukhwah itu indah sekiranya kerana Allah.

Di Jordan ni banyak pengalaman di perolehi,dapat banyak kawan-kawan yang datang dari pelbagai negeri,negara dan sebagainya.Dapat mengenali bangsa arab,dapat mengenali budaya masyarakatnya,makanan nyer,pakaian dan sebagainya.Sampai tengok pun dah kenal sama ada arab mesir ker,jordan ker,oman ker,saudi ker dan lain-lain.Saya teringat kata-kata pesanan dari ustaz saya,nak belajar bahasa arab ni bukanlah sekadar nahu dan sorof jer.Kenalah kenal budaya dia jugak.Barulah de minat untuk belajar dan barulah macam arab walaupun hidung tak mancung macam arab.huhu...yang penting zhuk arab tu de kan.Nanti balik Malaysia orang tanye pe makanan arab kita pun tak tau.Berat tu.Duduk 2 tahun makanan arab pun tak tau.Kalau kat Jordan ni makanan popular arab sini mansaf dgn maqluba.Tapi saya selalu makan zurbian dekat mat'am khadaral maut.Restoran Yamani(orang Yaman).Sedap sangat...hehe.

Duduk di perantaun ni beselah,rindu dekat keluarga,kawan-kawan dan kampung halaman tak yah cakap lah.Rindu sangat-sangat tapi nak wat camne kan kita kena la hadapi jugak.Nak-nak musim buah-buahan.Erm,bestnyer.Rindu dengan suasana itu.Kat sini banyak jer buah-buahan tapi durian tak de lah.Lame tak makan durian ni.huhu...

Dekat sini kawanlah sebagai abang,adik,saudara dan tempat suka duka.Ye lah keluarga jauh.Kalau de pe-pe kawanlah membantu.Sakit ker,de masalah kewangan ker,masalah dalam study ker dan macam-macam la.Yang bestnyer kitorang dekat sini makan dalam talam.Bukan sebab takde duit nak beli pinggan tapi untuk ukhwah yang berpanjangan.Dah balik Malaysia nanti bukan senang nak makan sama-sama lagi.Ye lah semua dah membuat haluan masing-masing.Terbang ke alam pekerjaan.Pasti akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa terpahat di ingatan masing-masing.

Di universiti pula doktor-doktor sering memuliakan pelajar-pelajar melayu dan sedia memberi bantuan kepada pelajar-pelajar melayu walupun dalam kesibukan.Nak-nak doktor kuliah syari'a.Terlalu baik sangat.Jadi,kita perlulah sentiasa memperlihatkan akhlak yang baik dan sopan santun supaya kita tidak di pandang hina dan sentiasa dihormati.

Perjuangan mesti diteruskan,hampir 2 bulan jer lagi saya di bumi Jordan ni.Mengutip mutiara-mutiara dari ulamak-ulamak dan ilmu-ilmuan islam.Banyak sangat ilmu yang boleh diperolehi.Fiq ker,ekonomi ker,akidah ker,hadis ker dan macam-macam lagi la.Nak tak nak jer kat sini.Ye lah tiada orang yang dapat merubah diri kita kecuali diri kita sendiri kan.Jadi masa yang ade sama-sama lah kita manfaatkannya.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-'asr:

"Demi Masa!.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

Dari surah Al-'asr ni kita dapat lihat betapa pentingnya menjaga masa.Jadi masa yang ada sama-sama lah kita manfaatkannya supaya kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi.Masa tidak akan menunggu kita jadi gunalah masa sebaik mungkin.Seorang businessman akan rugi berjuta-juta jika dia lambat seminit untuk mengambil peluang.Macam lah orang yang tidak beriman,mereka akan rugi di akhirat kelak kerana mengingkari perintah Allah.Menyesal kemudian tiada gunanyerkan.Marilah kita sama-sama beristighfar kepada Allah S.W.T supaya dosa-dosa kita diampunkannya.

Seperti kata-kata saidina Ali:-

"Hendaklah kamu memakai wangi-wangian istighfar supaya bau dosa tidak membuka keaiban kamu."

Nanti dah balik Malaysia mesti rindu dengan Jordan ni.Ingat lagi tahun lepas balik Malaysia 2 bulan jer pun.Rindu sangat nak gi mengeteh dekat mat'am doiah.Kat sini saya panggil mengesyai.huhu...Rindu nak makan syawarma,zurbian dekat khadaral maut dan macam-macam lagila.Kat sini,banyak pengalaman yang diperolehi.Ye lah pengalaman membuatkan seorang lebih matang.Berfikir dengan lebih baik dan macam-macam lagi.Ye lah duduk ditempat orang ni mana sama dengan tempat sendiri.Hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri.Lebih baik di negara sendiri kan.Budaya yang sangat berlainan.Nak tak nak kita kena belajar mengenali budaya orang jugak.Banyak juga cabaran-cabaran yang di hadapi kat sini,ye lah banyak dah kes arab buat hal.Banyak gak rumah kawan-kawan kena pecah.Hilang macam-macam laptopla,duitla,kamerala dan macam-macam lagila.Sabar je la kan,memang kena berhati-hati dan kena pandai jaga diri dekat negara orang ni.

Belajar dekat Jordan ni lah gak,saya dapat menjejaki di tanah suci Mekah.Dari Jordan ni nak gi Mekah murah sikit.Pergi naik bas jer.Satu hari juga dalam bas.Nasib baik de berhenti-henti dekat perhentian.Leh la makan-makan gak.huhu...Lapar tau dalam bas ni.Masa pergi umrah dulu 100 dinar jer.Lebih kurang 500 ringgit la.Pergi Haji baru ni dalam 400 dinar.Lebih kurang dalam 2000 ringgit Malaysiala.Alhamdulillah berpeluang pergi di usia yang muda.Rindu sangat nak pergi lagi.Rindu dengan lambaian Kaabah.Nak melawat makam nabi kita,Nabi Muhammad S.A.W di dalam masjid nabawi di Madinah.Best nyer dekat Madinah,tenang jer.nak-nak dalam masjid nabawi.Rindunyer suasana tu.Kalau de rezeki nak gi lagi dekat al haramain ni(dua tanah haram) Mekah dengan Madinah ni.


ihram


mission to mina

Dah balik Malaysia nanti mesti dah sibuk.Ye lah dah terbang ke alam pekerjaan.Banyak cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi.Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah dan di permudahkan segala urusan.Insyaallah...

Rasenya dah panjang sangat tulis ni.Sedikit coretan dari saya,sekadar berkongsi pengalaman.Banyak lagi nak di cerita tapi takpelah kalau ada kesempatan saya bercerita lagi tentang pengalaman saya yang tak seberapa ni.key Salam...

KATA-KATA HIKMAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB K.W.H

3:04 PG by ABDUL RAHIM BIN HAMID 0 ulasan
الدنيا مطية المؤمن, عليها يرتحل إلى ربه, فأصلحوا مطاياكم تبلغكم إلى ربكم
"Dunia ini seumpama haiwan tunggangan orang mukmin,di atasnya orang mukmin tadi dapat meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan Tuhannya,maka perbaikanlah tunggangan-tunggangan kamu nescaya kamu boleh dibawa berjumpa dengan tuhan kamu."
الداعى بلا عمل كالرامى بلا وتر
"Orang yang melakukan dakwah sedangkan dirinya tidak melakukan sebarang amalan (adalah sia-sia) umpama orang yang memanah sedangkan panahnya tidak bertali."
قارب أهل الخير تكن منهم وباين أهل الشر تبن منهم
"Dekatkanlah dirimu dengan orang-orang yang melakukan kebaikan nescaya engkau menjadi salah seorang daripada mereka,dan hendaklah engkau jauhi orang-orang yang melakukan kejahatan ."

الصابر على مخالطة الأشرار وصحبتهم كراكب البحر إن سلم ببدنه من التلف لم يسلم بقلبه فى الحذر
"Orang yang sabar dalam pergaulan dan persahabatannya dengan orang-orang yang jahat umpama orang berlayar di lautan,meskipun dirinya selamat daripada kebinasaan,namun hatinya masih belum selamat daripada ketakutan."

إياك وصاحب السوء فإنه كالسيف المسلول يروق منظرة ويقبح أثره
"Berhati-hatilah engkau dengan sahabat yang jahat kerana dia seumpama pedang yang
terhunus,rupanya bersih berkilat tetapi kesannya amat buruk."

Disini,saya berkongsi sebahagian dari kata-kata hikmah Saidina Ali yang boleh kita ambil panduan dan renungan darinya.walaupun ianya sedikit tapi mempunyai makna yang sangat mendalam dan tersirat yang dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.Semoga kita sentiasa diredhai dan diberkati Allah hendaknya.insyaallah...