KATA-KATA HIKMAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB K.W.H

Khamis, 15 April 2010 3:04 PG by ABDUL RAHIM BIN HAMID
الدنيا مطية المؤمن, عليها يرتحل إلى ربه, فأصلحوا مطاياكم تبلغكم إلى ربكم
"Dunia ini seumpama haiwan tunggangan orang mukmin,di atasnya orang mukmin tadi dapat meneruskan perjalanan untuk berjumpa dengan Tuhannya,maka perbaikanlah tunggangan-tunggangan kamu nescaya kamu boleh dibawa berjumpa dengan tuhan kamu."
الداعى بلا عمل كالرامى بلا وتر
"Orang yang melakukan dakwah sedangkan dirinya tidak melakukan sebarang amalan (adalah sia-sia) umpama orang yang memanah sedangkan panahnya tidak bertali."
قارب أهل الخير تكن منهم وباين أهل الشر تبن منهم
"Dekatkanlah dirimu dengan orang-orang yang melakukan kebaikan nescaya engkau menjadi salah seorang daripada mereka,dan hendaklah engkau jauhi orang-orang yang melakukan kejahatan ."

الصابر على مخالطة الأشرار وصحبتهم كراكب البحر إن سلم ببدنه من التلف لم يسلم بقلبه فى الحذر
"Orang yang sabar dalam pergaulan dan persahabatannya dengan orang-orang yang jahat umpama orang berlayar di lautan,meskipun dirinya selamat daripada kebinasaan,namun hatinya masih belum selamat daripada ketakutan."

إياك وصاحب السوء فإنه كالسيف المسلول يروق منظرة ويقبح أثره
"Berhati-hatilah engkau dengan sahabat yang jahat kerana dia seumpama pedang yang
terhunus,rupanya bersih berkilat tetapi kesannya amat buruk."

Disini,saya berkongsi sebahagian dari kata-kata hikmah Saidina Ali yang boleh kita ambil panduan dan renungan darinya.walaupun ianya sedikit tapi mempunyai makna yang sangat mendalam dan tersirat yang dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.Semoga kita sentiasa diredhai dan diberkati Allah hendaknya.insyaallah...

0 Response to "KATA-KATA HIKMAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB K.W.H"

Catat Ulasan