PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM SIRI 1

Selasa, 20 April 2010 8:55 PG by ABDUL RAHIM BIN HAMID


Sejak kebelakangan ini kita dapat lihat bagaimana sistem Ekonomi Islam berkembang dengan pesatnya.Kebangkitan Ekonomi Islam bukanlah perkara yang baru.Ia bermula sejak di awal abad ke 20 lagi yang mana untuk melawan pemikiran-pemikiran barat.Antaranya, gerakan Hasan Al Banna dengan gerakan ikhwanul muslimin dan Abul A'la al Maududi dengan parti jamiat islam di India-Pakistan.Abul A'la al Maududi mempopularkan istilah "Ekonomi Islam" pada tahun 1940-an lagi.Ekonomi-ekonomi muslim pula muncul pada era 1960-an,seperti Muhammad Baqir al-Sadr(iqtisoduna,1961).Kemudian pada era 1970-an lahirlah ahli-ahli ekonomi berlatar pendidikan ekonomi konvesional seperti Monzer kahf,M.Fahim khan,M.Umer Chapra dan lain-lain lagi.Tujuan Ekonomi islam diturunkan dari tujuan maqasid syaria itu sendiri iaitu mewujudkan kebahagian di dunia dan akhirat.Yang terletak pada lima unsur kehidupan manusia iaitu:keimanan (dien),jiwa (nafs),akal (aql),keturunan (nasb)dan kekayaan (maal).

Dalam bidang ekonomi, Allah memerintahkan manusia bekerjasama demi menjamin keharmonian,kesejahteraan dan kestabilan sosial.Berkerjasama dalam melakukan projek-projek yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan agama islam itu sendiri.Barang-barang ekonomi hanyalah wasilah untuk hidup,dan hidup merupakan wasilah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Pada zaman sekarang,jelas kita dapat lihat dalam ekonomi Konvensional yang bersistem kapitalisme,mereka memisahkan antara agama dan unsur-unsur yang lain dalam kehidupan.Berbeza pula dengan Ekonomi Islam.Dalam ekonomi islam,manusia hanyalah sebagai khalifah di bumi ini.Dan sebarang harta yang di miliki hanyalah sebagai amanah semata-mata dan bukanlah pemilik yang sebenar.Disini kita dapat lihat antara prinsip-prinsip Ekonomi Islam ialah:-

PERTAMA:ALLAH MERUPAKAN PEMILIK SEBENAR

Allah S.W.T telah menegaskan dalam Al-quran bahawa segala makhluk yang ada di muka bumi ini ialah ciptaannya.Samaada yang nampak dengan pancaindera ataupun yang tidak nampak.Allah telah mencipta langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya.Diantara Firman Allah S.W.T yang menunjukkan Allah merupakan pemilik sebenar ialah (mafhumnya):-

"Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa,kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mendapat keredhaannya)?
(Surah Al-Sajadah:4)


"Dia-lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya,dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi."
(Surah Taha:6)


"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah.Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya,nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada Kamu.Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang di kehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang di kehendaki-Nya.Dan (ingatlah),Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Surah Al-Baqarah:284)


"Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang engkau kehendaki,dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Surah A-Li'Imraan:26)


"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi,dan Allah Maha Kuasa tiap-tiap sesuatu"
(Surah A-Li'Imraan:189)


"Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu,hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:"Jadilah Engkau!" Maka ia terus menjadi."
(Surah Yasin:82)


Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan sesungguhnya Allah S.W.T sebagai pemilik sebenar di alam ini.Jadi kita tak perlulah angkuh di muka bumi ini kerana kekayaan itu milik Allah S.W.T.Saya akan menyambung prinsip yang kedua iaitu Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini pada penulisan saya yang akan datang.Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan-Nya.Insyaallah...

0 Response to "PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM SIRI 1"

Catat Ulasan